Showing posts with label Ziela Jalil. Show all posts
Showing posts with label Ziela Jalil. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Hans Isaac bergelar Datuk?

Menurut laporan Kosmo! semalam Hans Isaac dikhabarkan sudah bergelar Datuk. Namun berita ini dikatakan masih lagi samar-samar hanya kedengaran apabila sekeping gambar diberikan kepada wartawan kosmo!

Gambar lain yang dimuatnaik oleh Ziela Jalil juga menunjukkan yang Hans memakai baju biasa dan komen Ziela ketika itu memberikan ucapan tahniah kepada Hans diatas gelaran Datuk berkenaan.

Tak ke musykil tu jadinya, bukan berbaju formal atau melayu, pakai baju biasa pula ketika menerima anugerah pngat kebesaran berkenaan? ada suprise dari Sultan ketika itu, keke pastinya tidak lah kan.

Hans yang dihubungi enggan mengulas mengenainya.

Wednesday, 2 April 2014

Gambar pegang tangan Ketih Foo oleh Ziela Jalil..

Ziela Jalil kini hangat digosipkan dengan pelakon kacak, Keith Foo kerana dilihat secara mata kasar hubungan mereka kelihatan agak mesra. Namun kemesraan mereka disalah anggap sehingga menimbulkan gosip dimana mereka menjalinkan hubungan cinta.

Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama sambil bersentuhan dilihat dimuatnaik ke Instagram sehinggakan ada insan prihatin yang mengritik tindakan Ziela berkenaan kerana dianggap tidak mencerminkan budaya Islamik (pakaian).

Memetik laporan HarianMetro, Ziela menafikan ada hubungan cinta dengan Keith sebaliknya dia menganggap Keith sebagai adiknya dan juga mirip wajah anaknya.
“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu”

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat”

“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang”

“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia”

“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” -Ziela Jalil
Baca lagi »