Showing posts with label Artis Datuk. Show all posts
Showing posts with label Artis Datuk. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Boy Iman selesa dengan gelaran Dato'

Boy Iman mengakui dia akan terus menggunakan gelaran Datp' pada dirinya walaupun ramai yang tidak senang dan beranggapan sebaliknya mengenai gelaran berkenaan yang dianugerahkan kepada pelakon muda, Boy Iman.

Memetik laporan Murai, Boy Iman yang ditemui ketika Majlis Kesyukuran Dato` Boy Iman di Dataran Kitchen Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan ianya satu kebebasan yang perlu ada pada dirinya selagi tidak menyalahi undang-undang Negara.
“Saya akan terus pangku gelaran Dato` ini menerusi majlis-majlis rasmi, di ‘business card’ mahupun baju korporat kerana saya sangat selesa dengan penganugerahan yang diberikan,”

“Saya tidak kisah sekiranya ada sesiapa yang nak panggil saya sebagai Dato`atau nama sahaja, yang penting selagi ia tak menyalahi undang-undang maka saya ada hak untuk menggunakannya,” katanya.
Sebelum itu untuk penegtahuan umum, Boy Iman dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.M.N) dari kerajaan Naning.

Sunday, 18 May 2014

Hans Isaac bergelar Datuk?

Menurut laporan Kosmo! semalam Hans Isaac dikhabarkan sudah bergelar Datuk. Namun berita ini dikatakan masih lagi samar-samar hanya kedengaran apabila sekeping gambar diberikan kepada wartawan kosmo!

Gambar lain yang dimuatnaik oleh Ziela Jalil juga menunjukkan yang Hans memakai baju biasa dan komen Ziela ketika itu memberikan ucapan tahniah kepada Hans diatas gelaran Datuk berkenaan.

Tak ke musykil tu jadinya, bukan berbaju formal atau melayu, pakai baju biasa pula ketika menerima anugerah pngat kebesaran berkenaan? ada suprise dari Sultan ketika itu, keke pastinya tidak lah kan.

Hans yang dihubungi enggan mengulas mengenainya.

Wednesday, 7 May 2014

Pian Cecupak, Boy Iman dan Nash bergelar Dato'

Menurut laman sosial milik Boy Iman, dia kini telah bergelar Dato. Dilampirkan gambar dia dengan dua lagi artis, Pian Cecupak dan Nash yang sama-sama bergelar Dato'. Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga.

Tapi pelik, apa sumbangan mereka kepada negara ek.. hmm (gambar forum Cari)
Baca lagi »

Thursday, 1 May 2014

Rabecca bergelar Datin?

Dengar khabar suami kepada Rabecca Nur al Islam, Norazam bin Dato' Sulaiman kini bergelar Dato'. Ini lagi bukti gambar Rabecca pergi ke majlis penganugerahan berkenaan oleh KDYMM Sultan Pahang.

Selain ada sumber memberitahu Facebook milik Norazam kini sudah bertukar menjadi 'Dato Norazam'. Secara automatiknya, Rabecca bergelar Datin. Kalau betul, tahniah lah. :)