Showing posts with label Penerbit. Show all posts
Showing posts with label Penerbit. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

Johan Raja Lawak terima RM70,000!

Durian runtuh buat Johan (Raja Lawak) pada bulan Ramadan ini walaupun terpaksa menelan hakikat yang amat sakit sekali suatu masa dahulu.

Memetik sumber, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Johan (plantif) menerima ganti rugi RM70,100.00 daripada (defenden) syarikat, Juara Filem Production Sdn Bhd dan pengarah filem, Mohd Javed akibat kes diantara mereka yang berlaku pada 2010.

Nilai itu merangkumi ganti rugi akibat trauma (RM20,000), perubatan (RM100) dan kos lain (RM50,000).

Nilai berkenaan dibuat berdasarkan kerjaya Johan dimana sumber pendapatannya secara melawak adalah dari wajahnya.

Wednesday, 18 June 2014

Raja Azmi akui niat betudung kerana perniagaan tudung!

Agak terkejut mendengar kenyataan Raja Azmi baru-baru ini yang memetik laporan mStar dimana dia mengakui sebab lain dia bertudung adalah kerana mengembangkan lagi cabang perniagaan tudung yang diterokainya sekarang, tudung Raja Azmi For Variente Hijab.

"Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu.

"Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring,"
Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.

Sunday, 1 June 2014

Kenyataan makan diri, Raja Azmi kini bertudung

Dulu, Raja Azmi ada membuat membuat kenyataan yang bertudung tu tak wajib sangat, bila ada majlis-majlisa agama je. Sekarang, Alhamdulillah, dia sudah memakai tudung sepenuhnya.

Selain itu, ada juga dia berkata di rancangan TV9 dengan mengatakan wanita tidak bertudung akan masuk Neraka. Tetapi kenyataan dia sendiri itu akhirnya memakan diri, dia pula yang insaf.
“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,”

“Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan,”

“Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala,” kata Raja Azmi yang ditemui ketika temubual di h live! saluran Astro Awani. -petikan mStar

Wednesday, 9 April 2014

Jeremy Little meninggal dunia di Makkah

Salam takziah kepada keluarga penerbit Jeremy Little, dimana dikhabarkan Jeremy Little telah meninggal dunia di tanah Suci Makkah beberapa hari lalu.

Seorang mufti dari Makkah telah mengesahkan berita berkenaan melalui laman sosial Twitter miliknya. Jeremy merupakan seorang penerbit untuk filem KIL.
Baca lagi »

Wednesday, 2 April 2014

Gambar pegang tangan Ketih Foo oleh Ziela Jalil..

Ziela Jalil kini hangat digosipkan dengan pelakon kacak, Keith Foo kerana dilihat secara mata kasar hubungan mereka kelihatan agak mesra. Namun kemesraan mereka disalah anggap sehingga menimbulkan gosip dimana mereka menjalinkan hubungan cinta.

Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama sambil bersentuhan dilihat dimuatnaik ke Instagram sehinggakan ada insan prihatin yang mengritik tindakan Ziela berkenaan kerana dianggap tidak mencerminkan budaya Islamik (pakaian).

Memetik laporan HarianMetro, Ziela menafikan ada hubungan cinta dengan Keith sebaliknya dia menganggap Keith sebagai adiknya dan juga mirip wajah anaknya.
“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu”

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat”

“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang”

“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia”

“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” -Ziela Jalil
Baca lagi »