Showing posts with label Pelakon Vateran. Show all posts
Showing posts with label Pelakon Vateran. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Mak Mah selamat bergelar isteri Fatah Rahim

Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, Klang, Sabtu, 9.20 pagi tadi.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.

Ruminah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. -mStar

Monday, 28 April 2014

Sidek Hussain meninggal dunia

'Kalau panjang umur, berjumpalah kita' itulah kata-kata terakhirnya kita sempat dengar dari pelakon yang semamngnya sinonim dengan ketulan ketumbuhan pada lehernya, Sidek Hussain yang kini telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Sidek diberitakan menghembuskan nafas terakhirnya jam 11.55pm hari hari Ahad di Hospital Kuala Lumpur, setelah ditahan seminggu lalu, 22 April.

Keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan. Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Jenazah Sidek selamat dimandikan di Masjid Kuang dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Batu 17, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari, 28 April semalam. -sumber mStar

Monday, 14 April 2014

Kalau panjang umur, berjumpalah kita - Sidek Hussin

Pelakon ini sentiasa menjadi perhatian dan simpati apabila dia berada di kaca TV, dialah Sidek Hussin yang menghidap ketumbuhan pada pangkal lehernya yang dinamakan kanser.

Kini Sidek ditahan dirumah sakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan lanjut sejak 30 Mac 2014 lalu.

Baru-baru ini juga tambahan laporan Kosmo!, penyanyi Nash yang merupakan salah seorang pemegang amanah Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) hadir bersama timbalannya, Datuk M. Nasir bagi menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000.
“Ketika sedang leka memilih barang permainan, dia terus pengsan. Saya menjadi panik dan terus menangis. Setelah menghubungi ambulans, suami saya terus dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujar Sebiah, isteri Sidek.
“Saya tidak berselera untuk makan. Jika makan, pasti akan muntah kembali. Jadi, saya hanya bergantung pada susu dan bubur. Disebabkan itu berat badan saya semakin menyusut.

“Bagaimanapun, saya akan terus kuat untuk melawan penyakit ini dan mencuba sebarang alternatif yang ada untuk mengubati kanser,”

“HIDUP dah sampai ke penghujung. Kalau panjang umur, berjumpalah kita,” -Sidek

Thursday, 27 March 2014

al Fatihah, Ali Mamak meinggal dunia

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Datuk Ali Mamak dan sekalung al Fatihah diatas kepergian arwah pada 27 Mac semalam.

Berita meninggalnya pelawak berusia 63 tahun ini pada pukul 4.20 pagi di Pusat Perubatan UKM akibat penyakit lukemia disahkan oleh kawan karibnya, Abon.
"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu,

"Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," -Abon. petikan mStar