Showing posts with label Klang. Show all posts
Showing posts with label Klang. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Mak Mah selamat bergelar isteri Fatah Rahim

Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, Klang, Sabtu, 9.20 pagi tadi.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.

Ruminah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. -mStar

Tuesday, 18 March 2014

Tangan Adira AF berbalut sebab..

Khabarnya Adira AF ditimpa kemalangan apabila dia terjatuh ketika menaiki tangga di sebuah kilang di Pulau Indah, Klang pada hari Isnin yang lalu mengakibatkan tangan kirinya cedera ringan dan tidak serius setelah membuat pemeriksaan doktor menurut petikan portal mStar semalam.
"Di kilang tersebut, kakak saya ada buka sebuah kantin, dan ketika itu saya mahu melawatnya di sana.

"Terlebih seronok agaknya. Ketika sedang menaiki tangga, saya tersilap langkah lalu terjatuh dan kemudian terus ke sebuah klinik di sekitar Kluang untuk mendapatkan rawatan,"

"Cedera ini bukan bermakna saya dapat berehat kerana kerja masih lagi perlu diteruskan.

"Lagipun hanya tangan yang cedera bukannya suara dan masih lagi boleh menyanyi macam biasa. Cuma penampilan saya dengan tangan berbalut saja membuatkan ia kelihatan tidak berapa menarik," -Adira