Monday, 16 June 2014

Awie menyesal buat album lagu dengan KRU

Memetik laporan mStar, Awie mengakui dia berasa menyesal sebeb bekerjasama dengan syarikat KRU Music Group di dalam pembikinan album terbaharu mereka hasil terbitan syarikat itu. Ianya berpunca daripada isu album 'Menakluk Kosmos' yang dicetak rompak, namun tidak ada maklum balas dari pihak KRU itu sendiri.

Awie dan Wings yang bersama-sama menjayakan album itu berasa terkilan, dan membuat laporan Polis selepas itu kerana 4 lagu di dalam album Menakluk Kosmos, Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.
"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," -Awie

No comments:

Post a Comment