Sunday, 22 June 2014

Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee paras kaki je - Sharnaaz

Agak keterlaluan kenyataan yang dilemparkan oleh Sharnaaz Ahmad terhadap lagenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee. Dimana Sharnaaz beranggapan yang seniman agung itu diletakkan tarafnya pada 'paras kaki' sahaja.

Kenyataan itu dibuat dilaman sosial Instagram untuk membandingkan ayahnya, Basir Ahmad bersempana ulang tahun ayahnya itu.

Memetik portal mStar, cucu kepada Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee, Najua membidas kenyataan Sharnaaz itu dan menganggap kenyataan Sharnaaz itu hanya pandangan bersifat pribadi dan tidak bagi semua golongan masyarakat.
"Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham.

"Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” -Najua
"Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.

"Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami.

"Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja," -Sharnaaz
Nak bergurau pon agak-agaklah tuan, bergurau kat orang yang sudah meninggal dunia, kalau dia masih hidup, rasanya boleh lagi tuan kena maafkan.

No comments:

Post a Comment