Showing posts with label Umie Aida. Show all posts
Showing posts with label Umie Aida. Show all posts

Monday, 14 July 2014

Hubungan Umie Aida, Khairuddin kini semakin.....

Memetik portal Bharian semalam difahamkan yang pasangan suami isteri, Datin Paduka Umie Aida dengan Datuk Paduka Khairuddin kini hubungan mereka beransur-ansur pulih.

Ini dibuktikan dengan kelibat mereka berdua baru-baru ini yang muncul di Masjid At Taqwa untuk menziarahi makam Allahyarmah Datin Sharifah Aini selain daripada menjadi host bersama untuk majlis amal berbuka puasa bersama-sama anak yatim.

Beberapa hari lalu timbul isu dimana kelibat Umie yang ternampak di perkarangan Mahkamah Syariah dimana desas desus dia memfailkan permohonan cerai adalah tidak benar.

Dia ke sana adalah disebabkan satu urusan untuk mendapatkan cop semata-mata dan bukan mahu bercerai.

Apa-apa pun hubungan mereka kini semakin baik dan sudah menjadi kebiasaan rumahtangga bergolak seperti asam garam di dalam kehidupan, namun mereka mampu dan berjaya mengharunginya.

Dalam hal lain, mereka akan pergi menunaikan umrah untuk mengambil keberkatan Ramadan yang mulia ini.

Monday, 7 July 2014

11 Gambar Umie Aida Bertudung..

Rasanya disebalik bulan puasa Ramadan kali ini banyak sekali kejutan yang ditunjukkan oleh sebilangan selebriti Islam di Negara kita ini.

Satu persatu daripada mereka telah memakai tudung/menutup aurat dari yang berstatus bujang dan kepada yang sudah berkahwin.

Terbaru ramai yang sudah tahu, Datin Paduka Umie Aida juga sudah bertudung.
“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal”

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus” -Umie
Baca lagi »

Wednesday, 2 July 2014

Terkini!, Umie Aida ke Mahkamah Syariah..

Admin baru sahaja menerima sebuah email dari seseorang yang mendakwa dan mengakui ternampak kelibat Datin Paduka Umie Aida di sekitar Pejabat Agama Islam Shah Alam sekitar tengahari tadi.

Menurut sumber itu lagi, dia ternampak Umie berada di tingkat 4 iaitu tingkat dimana terdapatnya Bahagian Undang-undang Keluarga bersama peguam syarienya.

Antara desas desus mengapa dia ke sana kata sumber itu, disebabkan Umie ingin pergi menunaikan ibadah fardu Haji namun permintaannya itu ditolak oleh suaminya, Datuk Paduka Khairuddin.

Wallahualam. Kita tunggu kenyataan Umie Aida berkaitan hal ini, maybe dia saje jalan-jalan je kot. hehe.

Sunday, 4 May 2014

Umie Aida padam semua gambar suami?

Berapa hari yang lalu, ada laporan di Astro Gempak yang menyatakan Datin Umie Aida telah memadam semua gambar suaminya, Datuk Paduka Khairuddin di Instagram milik Umie.

Tidak dipastikan apa sebabnya, namun kalau tak silap, ada khabar angin yang menyatakan memang rumahtangga mereka kini ada masalah.

Sebuah artikel di portal Malaysia Gazzette turut mendakwa masalah rumahtangga dihadapi Umie adalah berpunca dari seorang artis wanita.

Menurut laporan portal itu lagi, Umie dan suaminya kini dikatakan jarang bertegur sapa dan banyak membisu walaupun berada di rumah sendiri.

Buat masa ini belum ada respon dari empunya badan, tunggu dan lihat sahaja la ok.

Sunday, 6 April 2014

Doa selamat Liyana Jasmay hamil (14 gambar)

Baru-baru ini berlangsung satu majlis doa selamat untuk menantikan kelahiran anak sulung Liyana Jasmay. Memetik portal mStar, majlis diadakan di kediaman keluarga Liyana dekat Kemesah Height.

Disamping dengan kelibat kakaknya, Adriana Jasmay yang sama-sama akan melahirkan anak ke-3 beliau.

Pada majlis doa selamat itu, kira-kira 200 tetamu telah hadir termasuklah Datin Paduka Ummi Aida, Scha Al-Yahya dengan suaminya, Awal Ashaari.
Baca lagi »