Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Noh mahu berhenti menyanyi, Nina kejutkan bangun Subuh

Dengar khabar, Noh Hujan suami kepada Mizz Nina berhasrat untuk berundur daripada bidang nyanyian pada masa akan datang. Ini juga menyangkut faktor dimana Mizz Nina yang mempengaruhi rentak perjalanan karrier nyanyian Noh.
"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.
Mizz Nina yang kini sudah bertudung dan sedang mempelajari ilmu agama sudah diketahui ramai yang dia kini berhenti daripada melibatkan dalam bidang nyanyian.

Noh cukup berbangga mempunyai isteri seperti Mizz Nina.
"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," -Noh Hujan. petikan mStar.

Monday, 10 March 2014

Gambar Aznil pergi solat hajat MH370



Dato' Aznil Nawawi dengan rakan rakannya seperti Zahid Af telah bersama-sama pergi ke masjid untu bersolat hajat untuk mencari petunjuk atas kehilangan pesawat MH370. 

Amat terbaik cara Aznil dan Zahid ni, semoga lebih ramai lagi selebriti yang membuat demikian dan juga peminat hiburan tempatan. :)