Showing posts with label Pembaca Berita. Show all posts
Showing posts with label Pembaca Berita. Show all posts

Saturday, 26 July 2014

Mazidul Akmal Sidek kena strok, keadaan kritikal!

Amat menyedihkan apabila pengacara/wartawan yang lantang dan tegas, Mazidul Akmal Sidek terlantar sakit di hospital Pantai Medical Centre.

Menurut portal Murai, dia dimasukkan ke hospital itu sebab terkena serangan strok. Menurut penjaganya, keadaan Mazidul agak tenat dan belum lagi dalam keadaan pulih sepenuhnya setelah melalui satu sesi pembedahan untuk membuang separuh daripada tempurung kepalanya.

Semoga Mazidul kembali sihat dan pulih seperti sediakala.
“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..." -sumber.

Saturday, 19 July 2014

Sharnaaz Ahmad kecam pembaca berita Awani

Berita sedih mengenai terhempasnya MH17 akibat dipercayai ditembak diantara pihak Ukraine atau pro-Russia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Namun lain pula ceritanya mengenai pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga mengikuti perkembangan MH17 ini. Dia yang menonton berita di saluran Astro Awani telah mengecam penyampai berita berkenaan menyampaikan berita mengenai MH17 melalui laman sosial Twitter miliknya.

Tidak dipastikan kenapa Sharnaaz bertindak tidak berpuas hati terhadap penyampai berita berkenaan. Walhal mereka menjalankan tugas.

Ramai peminatnya tidak bersetuju dengan tanggapan Sharnaaz ini. -Gambar forum Cari
Baca lagi »

Tuesday, 8 July 2014

Ziana Zain bertudung tapi...

Di dalam ramai-ramai selebriti yang sudah mula bertudung, ada juga yang tengah belajar memakai tudung secara perlahan-lahan dengan menggunakan bulan Puasa Ramadan ini sebagai medan ujian untuk menguji diri agar boleh mempraktikkannya selepas berlalunya Ramadan.

Ziana Zain adalah selebriti yang berbuat demikian. Menurut status di laman sosial miliknya, Ziana hanya memakai tudung bila bulan Ramadan tiba, sebagai menghormati bulan Suci ini.

Namun sebagai peminat Ziana, kita berharap agar Ziana boleh bertudung terus untuk mengekalkan imej bertudung yang cantik ini.
Baca lagi »

Sunday, 11 May 2014

Brian McKnight cium pembaca berita TV3?

Baru-baru ini penyanyi R&B, Brian McKnight dari Amerika Syarikat telah membuat satu konsert pada hari Jumaat yang lalu di PWTC Kuala Lumpur dengan dihadiri hampir 2000 orang penontoh

Brian McKnight difahamkan pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 yang lalu. Persembahan nyanyian seperti biasa, namun ada kejutan yang dibuat oleh Brian McKnight.

Beliau memilih penonton bertuah untuk naik ke pentas. Mengikut informasi peminat itu adalah, Anita (pembaca berita Nightline, TV3).

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, "sudah". Lalu Brian berkata, "kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?", "Boleh", jawab Anita sambil tersenyum.

Ada adegan Brian McKnight nak ambil kesempatan nak mencium bibir Anita, namun Anita berjaya mengelak pelawaan tak senonoh Brian McKnight itu. Tapi mereka sempat berpelukan pulak. @#$%^& -sumber MalaysianDigest | gambar Facebook SelebritiOnline
Baca lagi »

Friday, 4 April 2014

Jangan berkira dengan anak! -Rita Rudaini

Aidil Zafuan beberapa hari lalu telah menyatakan yang dia mampu memberikan RM2000 kepada Rita Rudaini untuk menjaga anak-anak mereka iaitu sebagai nafkah selepas mereka bercerai.

Reaksi Rita Rudaini yang memetik Bharian semalam, dia berasa sebak dan mempertikaikan jumlah wang berkenaan. Namun Rita juga mampu memberikan kehidupan anak-anak mereka, namun keutamaan dan perhatian Aidil terhadap sepertinya kurang.
“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa”

“Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu,” -Rita