Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts
Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Gambar Nasha Aziz bertudung

Nasha Aziz bertudung ditemui ketika dia dalam proses latihan untuk teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Baru-baru ini dia ditemui dengan pelakon teater berkenaan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang sempat melapangkan dada pergi melihat latihan berkenaan. -gambar RotiKaya.
Baca lagi »

Tuesday, 8 April 2014

Nasha Aziz bertudung dan berjubah

Dengarnya Nasha Aziz kini dah bertudung, betul ke? ianya betul dan dia memakai tudung dan jubah hanya semata-mata untuk sidang media tearter Di Bawah Lindungan Kaabah sekaligus memperagakan busana muslimah terbaru perekanya.

Nasha akan memegang watak sebagai Zainab, teater ini akan diadakan pada 9-18 Mei depan di Istana Budaya dengan dibarisi oleh pelakon hebat, Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah, Yasmin Hani dan Dayana Roza. -sumber Murai

Tuesday, 1 April 2014

Polis sedia jaga Hanez Suraya!

Kontroversi Hanez Suraya dengan suami orang masih lagi hangat diperkatakan, pun begitu ianya tidak menjejaskan sedikt banyak kerjayanya sebagai anak seni, tapi mungkin sahaja kekurangan peminat.

Memetik laporan mStar semalam, Hanez yang dijadualkan akan berlakon untuk pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya akan di 'jaga' oleh polis berpakaian biasa.

Ini disahkan lagi oleh pihak Istana Budaya, sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan Hanez menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap kontroversi yang melanda dirinya.

Teater Projek Kahwin akan berlangsung pada 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.