Showing posts with label Harith Iskander. Show all posts
Showing posts with label Harith Iskander. Show all posts

Monday, 14 July 2014

122kg ke 98kg berat badan terkini Harith Iskander

Tidak disangka Harith Iskander kini mempunyai azam yang nekad untuk menguruskan berat badannya. Ini dibuat diatas faktor usianya yang semakin meningkat.

Selain daripada aktiviti riadah dengan anaknya dimana Harith mengakui agak berasa letih bila bermain dengan mereka. Penurunan berat badannya yang drastik juga didorong oleh faktor Bulan Puasa Ramadan ini.
“Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa”

“Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak,”

“Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya. Berat badan Harith pernah mencecah 122 kilogram”

“Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi,” -Harith Iskander petikan portal mStar

Sunday, 11 May 2014

Isu Hudud, Harith Iskander minta maaf!

Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud beberapa hari lalu bertujuan untuk berjenaka telah mendapat kritikan ramai.

Harith mengakui tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

“Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

“Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu,” -Harith. petikan mStar

Thursday, 8 May 2014

Harith Iskander bergurau perkataan hudud,,,

Difahamkan pelawak, Harith Iskander seperti sedang bergurau mengenai perlaksanaan hukum hudud di laman sosial Twitter miliknya.

Pengikut di laman sosialnya lebih ramai mengecam dengan statusnya itu. Pengikutnya juga ada yang menasihati dan juga ada yang membela Harith.

Ramai juga bersependapat yang Harith menganggap ianya hanya bergurau semata-mata dan tidak berniat mahu memperli perlaksaan hukum hudud itu nanti.