Showing posts with label Fesyen Baju. Show all posts
Showing posts with label Fesyen Baju. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Selebriti pakai baju perkataan lucah (2 gambar)

Pelik sungguh melihat beberapa orang memakai pakaian t-shirt dengan tulisan yang melucahkan mengenai alat kemaluan lelaki dan tulisan kerjaya tidak bermoral wanita murahan. Gambar diatas menunjukkan seorang selebriti dengan pemakai baju berkenaan, Joe Flizzow.

Menurut sumber, t-shirt berkenaan adalah dibuat dan dijual oleh sebuah kedai online Instagram bernama Inparliament, namun laman berkenaan sudah dibuang oleh pemiliknya.

Selain Joe yang dikaitkan bersama, penyanyi, Arabyrd juga dikatakan memakai t-shirt berkenaan sambil tersenyum gembira.

Joe telah mengakui kesilapannya ini dan terbaharu dia telah memohon maaf melalui laman sosial twitter miliknya dan selepas ini berhati-hati akan kesensitiviti yang menyangkut mengenai bangsa dan agama.

Ish apa nak jadi la dunia zaman sekarang, rasa malu sudah tiada lagi..

Wednesday, 25 June 2014

Fasha Sandha bersikap cool isu dibandingkan Nora Danish

Bila Nora Danish dicemuh oleh sesetengah pihak, Fasha Sandha juga terkait bersama, inilah persepsi manusia yang suka mencari kelemahan orang lain. Dalam hal berkaitan, Fasha dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga suaminya, Rizal Ashram aka Jejai berbanding Nora Danish yang sangat-sangat mesra.

Ianya dibangkitkan melalui sebuah komen pengikut Fasha Sandha di laman sosial Instagram miliknya dengan dibuktikan dengan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga Jejai pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) baru-baru ini berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.

Namun lebih ramai yang menyokong Fasha Sandha berbanding ada orang sibuk nak jaga tepi kain orang.
"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.

"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.

"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya,

"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.

"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," -Fasha Sandha petikan mStar

Lisa Surihani pakai fesyen berkemban?


Baru-baru ini berlangsung satu majlis Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang dihadiri oleh ramai pereka fesyen terkenal dan juga selebriti yang mengayakan fesyen mereka.

Menjadi tumpuan kelibat Lisa Surihani dengan fesyen berkemban. Sekaligus membuat ramai peminatnya mengomen mengenai pakaian berkenaan.
Baca lagi »

Monday, 2 June 2014

Erin Malek pakai pakaian murah, RM250 je..

Erin Malek yang hadir ketika satu majlis pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? telah memakai pakaian dengan skirt sederhana pendek beserta rantai. Semua set pakaiannya itu berjenama Dorothy Perkins.

Memang agak cantik dan anggun jika melihat Erin Malek. Namun ada cerita yang terselit mengenai pakaiannya itu.
"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.

"Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.

"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," -Erin Malek. petikan mStar
Biasalah standard artis kalau baju harga ratus-ratus tu dianggap murah. Keke

Thursday, 29 May 2014

Demi 50,000 fan, Zila sanggup berseksi di ABPBH 2013

Dalam banyak pakaian dan fesyen di ABPBH 2013 yang lalu, pakaian Zila Bakarin juga yang menjadi perhatian orang ramai, apa tidaknya sampai terbelah panjang kat bahagian skirt depannya.

Jom kita lihat beberapa komen yang ditanyakan oleh wartawatan HarianMetro kepada Zila mengenai pakaiannya itu.

RAP: Adakah anda menyalahkan sesiapa termasuk pereka busana itu atas kontroversi yang timbul?

ZILA: Tidak, ia bukan salah Syafiq Aiman selaku pereka-nya. Saya sebenarnya berpuas hati dengan rekaan itu dan ia memang menepati cita rasa saya dan majlis yang dihadiri. Saya juga berbincang de-ngan Syafiq dari segi rekaan dan potongannya, sekali gus inspirasi daripada busana yang pernah digayakan bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez di acara permaidani me-rah. Saya juga yang meminta pereka supaya buat belahan yang menampakkan paha itu supaya senang untuk berjalan ke pentas.

RAP: Bagaimana anda berdepan dengan kritikan peminat di laman sosial?

ZILA: Pada mulanya, saya takut untuk meletakkan gambar busana yang dipakai pada malam kemuncak itu di Instagram. Namun, ternyata pengikut saya sangat ‘sporting’ dan menyokong penampilan saya itu kerana ia nampak cantik dan sesuai dengan imej saya. Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi saya sangat menjaga hati 50,000 penyokong dan peminat saya di Instagram yang sentiasa menyokong karier saya sejak dulu.

RAP: Bagaimana pula komen suami dan anggota ke-luarga lain?

ZILA: Apabila busana itu siap saya juga menggayakannya depan suami dan anggota ke-luarga lain pada sesi ‘fitting’. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan. Pada mulanya, busana itu lebih seksi dan terbelah hingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.

RAP: Segelintir pihak meng-anggap anda tidak menghormati tragedi MH370 yang turut menjadi latar acara kemuncak pada malam itu?

ZILA: Sebagai artis, saya pun ada cara tersendiri untuk menghormati tragedi MH370. Memang ada wakil daripada penganjur yang meminta saya menutup bahu dengan selendang hitam ketika di belakang pentas tetapi saya menolaknya kerana tidak sesuai untuk penampilan. Saya cuma menutup dada dengan mengenakan aksesori di leher pada malam itu. Saya tetap pertahankan busana yang digayakan kerana ia majlis ABPBH yang penuh glamor. Saya adalah golongan selebriti.

Sunday, 25 May 2014

Gambar Red Carpet ABPBH 2013

ABPBH 2013 yang sudah melabuhkan tirainya dengan pelbagai kejutan keputusan dan juga fesyen daripada selebriti ketika itu. Mari kita saksikan gambar karpet merah majlis gemilang berkenaan. -gambar RotiKaya
Baca lagi »

Sunday, 20 April 2014

35 Gambar selebriti di pelancaran mStar

Dengan tema Summer Chic, ramai selebriti yang menghadiri majlis pelancaran wajah baru portal mStar minggu lalu. Dengan pelbagai fesyen dan pakaian, maka menjadi warna warni pada majlis itu. Jom layan. -gambar RotiKaya
Baca lagi »

Tuesday, 18 March 2014

Cantiknya baju Fara Fauzana!

Siapa ada menonton Nona pada hujung minggu yang lalu, pastinya terpukau melihat pakaian yang dipakai oleh Fara Fauzana aka Fafau kan.

Memang cantik pakaian yang dipakainya itu berwarna purple. Apatah lagi menampakkan keserian wajah Fafau yang digandingkan dengan Neelofa ketika itu. -Instagram realfafau
Baca lagi »