Showing posts with label Emma Maembong. Show all posts
Showing posts with label Emma Maembong. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

Kempen anti keganasan Israel, Emma Maembong di sindir!

Di dalam kehangatan melihat aksi perlawanan bola sepak Piala Dunia, orang ramai rata-rata tidak sedar akan nasib yang menimpa rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza.

Pada beberapa hari lalu, Rejim Zionis Yahudi telah melancarkan serangan dasyat ke Gaza dengan dilaporkan hingga kini mencecah 50 orang mati akibat serangan itu.

Namun serangan ini mendapat perhatian pelakon, Emma Maembong yang mambuat inisiatif sendiri untuk mengempen anti terhadap serangan tidak berperikemanusian itu dengan menulis perkataan di sebuah kotak.
Baca lagi »

Monday, 7 July 2014

Hubungan Zizan Razak, Emma Maembong retak?

Dengarnya hubungan diantara Zizan Razak dan Emma Maembong kini semakin retak, ia berikutan status Instagram milik Emma yang mengambarkan hubungan mereka seperti mahu retak dengan berbunyi nadanya, hatinya sedang kecewa apabila menulis status dia akan mencari lelaki lain yang boleh mengambil berat terhadapnya.

Namun Zizan yang menyatakan memetik portal mStar, status berkenaan tidak ada kena mengena mengenai hubungan percintaan mereka berdua.
"Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

"Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya,"

"Tidak perlu buang kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian.

"Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama," -Zizan

Monday, 9 June 2014

Gambar Emma Maembong, Zizan ke Jepun

Baru-baru ini Emma Maembong dengan kekasih hatinya, Zizan Razak telah pergi ke Jepun. Namun bukan mereka berdua pergi ke sana, tetapi dengan beberapa orang krew produksi untuk sebuah rancangann tv yang lebih kepada travelogue, tempat tumpuan mereka adalah di Tateyama

Walaupun tak ada gambar Zizan dalam laman Instagram Emma, namun ada sekeping gambar yang berjaya diambil daripada salah seorang krew berkenaan dengan penampakkan Zizan dan juga Emma ketika berada disana.
Baca lagi »

Thursday, 5 June 2014

Gambar Emma Maembong berjubah dan berhijab

Cantik dan anggun sekali melihat Emma Maembong berpakaian jubah serta berhijab pada dirinya. Namun ini semua dilakukan untuk mempromosi pakaian berkenaan, iaitu Jubah Raudhah. Mungkin untuk persiapan Hari Raya nanti kepada pengemar fesyen seperti ini. -gambar www.facebook.com/cotton.madness.7
Baca lagi »

Sunday, 25 May 2014

Reaksi Zizan Razak tidak menang satu anugerah di ABPBH 2013

Agak tersentak sedikit selebriti yang popular, Zizan Razak yang dianggap pemerhati akan mengondol beberapa anugerah di ABPBH 2013 lalu. Walaupun namanya diletakkan di dalam 5 kategori pencolanan, namun sayangnya, satu pun dia tidak dapat anugerah.

Bagi Zizan, ABPBH kali ini bukan rezeki buat dirinya, dan hanya ikhlas atas keputusan kali ini. Baguslah macam itu, Zizan pun baik orangnya, memberi peluang kepada yang lain merasa kemenangan ABPBH sama dengan Siti Nurhaliza yang mahu memberikan ruang kepada orang lain.

Ada sesetengah selebriti tu, setiap tahun dia je menang, tak nak bagi peluang dengan orang lain untuk mengundur diri (cer teka).
“Bagi saya ini bergantung pada rezeki Allah dan juga usaha pengundi. Ini bukan pertandingan di mana kemenangan terletak pada calon itu sendiri, sebaliknya pengundi yang membuat keputusan selain Allah yang menentukan,” ujar Zizan.

“Saya tak ada masalah dengan perkara ini dan saya berbangga masih tercalon di ABPBH. Walaupun tak menang, sekurang-kurangnya masih ada nama saya di senarai pencalonan. Saya redha dan percaya apa yang berlaku ada alasan dan hikmahnya,”

“Saya tak rasa saya terlibat dengan sebarang kontroversi yang teruk. Jika benar saya ada kontroversi, dari saat pencalonan awal, saya sudah tidak tercalon. Kelab peminat saya, ZTF, pun tidak akan berada di belakang saya jika saya ada kontroversi. Tapi sebaliknya, ZTF sangat kuat dalam menyokong kerjaya saya. Apa pun semuanya terletak pada rezeki,” jelas Zizan. Petikan portal myartis.com

Tuesday, 6 May 2014

Gambar Emma, Sharnaaz jadi persoalan peminat

Tak sudah gambar mesra dengan Nelydia Senrose, kali ni pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad sekali lagi memberikan gambaran yang perang dunia bakal meletus.

Bukan apa, ada sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Emma Maembong di dalam laman sosialnya dengan Sharnaaz menjadi persoalan.

Gambar ini mungkin dianggap gambar suka-suka oleh kedua-dua pihak memandangkan Zizan dan Sharnaaz bergandingkan bersama untuk sebuah drama/filem berjudul 'Bintang Hati'.

Zizan mungkin beranggapan buah hatinya itu sudah pastinya seorang yang setia dengannya.

Wednesday, 16 April 2014

Video gedik Zizan ucap sayang kepad Emma

Pasangan kekasih paling meletop tahun ini, Zizan Razak dan Emma Maembong baru-baru ini telah membuat kejutan atau gimik dimana Emma memuat naik video yang menayangkan Zizan melafazkan kata-kata sayang kepadanya di dalam sebuah kedai.

Kata ramai peminat di Instagram itu, mereka ni pasangan yang gedik dengan sengaja mencari publisiti murahan dan lain-lain lagi padangan negatif.




Monday, 7 April 2014

Ayah larang Emma berlakon & bergambar dengan lelaki

Hubungan diantara Zizan Razak dengan Emma Maembong bukanlah satu lagi rahsia, memandangkan dah banyak klue dan gambar mula tersebar walaupun kedua-duanya masih belum memberikan sebarang penjelasan.

Namun ayah Emma, Ismail Embong telah meminta Emma agar tidak lagi berlakon dan bergambar mesra dengan lelaki. Memetik portal mStar, tambahannya lagi, ayahnya melihat adegan mesra Emma dengan Aiman Hakim di dalam drama Projek Memikat Suami.
"Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.

"Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga,"

"Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti biasa.

"Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah menghalang atau masuk campur urusan kerja saya,"

"Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia (Zizan) dan mereka boleh bercakap dalam dialek Terenganu berdua.

"Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu tentang itu," -Emma

Sunday, 23 March 2014

Hujung Minggu, Zizan dan Emma Maembong..

Hujung minggu semalam, pastinya ramai manusia keluar menghabiskan masa terluang dengan keluarga, kawan mahupun kekasih.

Zizan Razak dengan kekasihnya Emma Maembong sempat bersama-sama ke salon rambut untuk sama-sama 'updates' rambut mereka.
Baca lagi »