Showing posts with label BMW. Show all posts
Showing posts with label BMW. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

Bukan BMW X6 tapi Audi R8 - Ammar

Bila kisah BMW X6 berharga RM300,000 itu mengarut oleh anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy baru-baru ini, namun dia menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta lebih mewah daripada itu, iaitu memilih Audi R8 sekitar RM600,000 yang lebih sporty dan muda disamping pilihan lainnya, BMW M3 atau Mercedes A45.
"Hahaha... Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

"Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,"

"Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.

"Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari," -Ammar petikan mStar

Wednesday, 9 April 2014

Hadiah BMW X6, Mengarut! - Ammar Effendy

Cerita mengenai hadiah mewah BMW X6 dari Rozita Che Wan kepada anaknya, Ammar Effendy yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2013, sudah pun tersebar luas bahkan ianya juga tidak dikomen oleh Rozita sendiri.

Namun anaknya, Ammar Effendy sepertinya menafikan cerita itu dan menganggap ianya sebuah cerita yang mengarut memandangkan mereka bukan dari keluarga golongan VIP mahupun VVIP mahupun golongan perniagaan yang boleh diberikan hadiah sebegitu hebat.

Tapi iPhone 5S Gold Ammar boleh dikatakan mewah juga.. kuikui.
Baca lagi »