Showing posts with label Amyza Aznan. Show all posts
Showing posts with label Amyza Aznan. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Amyza Aznan tegur orang tidak berpuasa!

Memetik portal HMetro baru-baru ini tersebut kisah dimana dugaan hebat telah menimpa Amyza Aznan. Difahamkan dugaannya ini lebih tercabar pada bulan Ramadan.

Mengikut cerita, Amyza telah menegur sikap segelintir staf produksi yang tidak berpuasa beragama Islam apabila mereka makan minum sesuka hati di set pengambaraan sebuah rumah tanpa segan dan malu kepada orang yang berpuasa.

Tambahan lagi, tuan rumah juga berasa cukup bahangnya apabila mereka terutama orang lelaki makan minum di bilik pembantu rumah sampai keadaan tidak terkawal.

Niat murni Amyza itu tidak dihiraukan oleh mereka walaupun menyedari apa yang mereka buat itu hanyalah sebagai alasan penat bekerja walhal hanya bekerja di set pengambaraan bukan di panas terik matahari seperti buruh binaan dan seumpamanya.


Wednesday, 9 April 2014

Amyza Aznan maki hamun Pembangkang?

Tidak dipastikan kenyataan ini keluar sendiri oleh Amyza Aznan melalui laman sosial Facebook yang dinamakan 'AMYZA AZNAN I LOVE U' atau sebaliknya oleh orang yang tidak dikenali mengawal account berkenanaan.

Memetik sebuah blog politik, ramai pihak terutama puak-puak Pembangkang yang menghentam Amyza kerana kenyataannya yang begitu diluar jangkaan.

Kalau dilihatkan, laman sosial Facebook 'AMYZA AZNAN I LOVE U' tu dah lama tak aktif sejak June 2013.
Baca lagi »