Wednesday, 2 July 2014

Aliff Aziz warnakan rambut demi Siti Nordiana?

Mengenai isu rambut Aliff Aziz yang berwarna kuning itu sebenarnya adalah untuk sebuah kerja dimana dia dengan Siti Nordiana menghasilkan sebuah album lagu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Mengakui ianya bukanlah untuk publisiti akibat sekarang namanya sudah seperti tenggelam. Kemungkinan besar sekarang rambutnya itu berwarna hitam sebagai menghormati bulan puasa Ramadan.

Jadi Aliff berharap peminatnya akan tidak berburuk sangka mengenai perubahan rambutnya itu.
Alahai, niat saya bukan untuk buat kontroversi pun dengan rambut ni.

Saya mewarnakan rambut kerana tuntutan kerja. Apa yang saya lakukan kerana mahu menjiwai karakter di dalam video klip lagu baru bersama Nana. Dengan menggunakan latar belakang gelap dan konsep hitam putih, warna rambut yang saya gunakan sebenarnya turut membantu mencantikkan lagi video klip ini. Malah kami semua berpuas hati apabila melihat hasilnya.

Jangan risau, selepas ini, saya akan warnakan balik rambut saya ke warna asal. Setiap apa yang saya lakukan bersebab dan berharap tidak ada yang menuduh saya sengaja mencari masalah. Harap peminat tidak lagi berprasangka buruk kepada saya gara-gara isu rambut ini. -Aliff Aziz petikan Utusan
Sejak awal pembikinan lagu ini lagi saya dan Nana sudah digosipkan bersama. Semua itu saya tepis kerana saya tahu pembikinan lagu ini lebih penting. Saya memang teruja digandingkan dengan Nana yang sudah berpengalaman dalam bidang seni. Apa yang saya boleh kata, saya gembira dengan hasil yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment