Memetik portal mStar, dia tidak menyesal akan keputusan dan caranya ini kerana untuk menjaga kepentingan agama.
Namun bukan pintu rezekinya sudah tertutup, Waheeda juga telah membuat shopping online menjual koleksi pakaian muslimah dan jubah serta produk kecantikan.
"Saya tidak pernah rasa menyesal dan itu adalah keputusan yang saya buat selepas saya sendiri mengetahui hukumnya haram perempuan menyanyi selain aurat suara yang perlu kita jaga.
"Cuma saya lebih kesal kerana hingga kini ada lagi orang dapat mengenali saya sebagai artis biarpun berpurdah. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa terutamanya apabila peminat lelaki pula yang mengenali saya,"
"Alhamdulillah, selepas menjadi suri rumah saya banyak masa dengan keluara. Dulu susah sangat nak berkumpul sekeluarga.
"Lima tahun melayari kehidupan suami-isteri, memang kami bahagia dan banyak yang saya belajar. Dalam pada kita rasa kenal suami kita, rupa-rupanya ada lagi perkara yang menjadi kejutan menarik yang membuat kita tak tahu tentang dia," -Waheeda
No comments:
Post a Comment